DQ : STORE

MULTI-TAILORING

'YOU DESIGN | WE MAKE IT'
 

Monday, September 8, 2014

MEMILIH KAIN PASANG: BAJU

0 comments

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


JIMAT MASA & TENAGA

Berikut langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kita membuat keputusan ketika membeli kain pasang. Pengalaman sendiri kadang-kadang paling susah kalau kita yang perlu pilihkan untuk orang..hmm memang satu kedai pun kalau pusing tak jumpa. Alhamdulillah kami sendiri cuba buat langkah dibawah bila menghadapi situasi macam ini. 

Langkah 1 
Doa pada Allah s.wt minta petunjuk untuk dapat keputusan yang baik untuk kita atau pihak yang lain.
Anggaran Budget: Pastikan budget agar tidak membeli melebihi budget yang sedia ada

Langkah 2
  • Fokus  : Kain pasang, jadi terus pergi ke gedung kain yang banyak sediakan pilihan.
  • Masa   : Peruntukan masa kurang dari 2 jam untuk memudahkan kita terus fokus ketika membuat pilihan .
  • Lokasi : Kalau kedai tu memang keseluruhan jual kain pastikan jenis kain yang kita mahukan mengikut kesesuaian desain kita
Langkah 3
  • Budget : Pastikan material yang dipilih bersesuaian dengan budget yang sedia ada
  • Pastikan Warna kulit dan Saiz badan. 
  • Boleh semak semula Pemilihan Design & Saiz Tubuh
  • Kebiasaannya kain dibeli 4 meter, tapi pastikan corak kain terlebih dahulu seperti gambar diatas. Hal ini memudahkan kain dipotong mengikut fesyen dikehendaki dan memastikan lebih selesa selepas siap.
  • Jika kain yang sudah siap dipotong seperti 4 meter @ 2 meter, bagi saiz badan kurang dari saiz M insyaAllah tiada masalah untuk dihasilkan baju. Tapi jika sebailknya ia agak menyukarkan baju dihasilkan dengan kualiti yang agak baik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup

0 comments:

Post a Comment