Baju Wanita
Tempahan : Baju Kurung | Blouse | Jubah | dan lain-lain....More
Baju Lelaki
Tempahan : Baju Melayu | Baju Kemeja | dan lain-lain....More
Baju Kanak-Kanak Lelaki/Perempuan
Tempahan : Baju Melayu | Baju Kurung | Dress | dan lain-lain....More
Pelbagai Jahitan
Tempahan : Cadar | Langsir | Set kelengkapan Bayi | dan lain-lain....More
Monday, September 8, 2014
ASAS MENJAHIT : BAJU KURUNG
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
![]() |
BAJU KURUNG BIASA |
Teknik asas yang perlu dipelajari oleh seorang tukang jahit antaranya ialah cara nak ambil ukuran baju kurung berdasarkan baju kurung contoh.
Biasanya ilmu yang saya suka kongsi dengan rakan-rakan yang minat untuk buat baju sendiri atau ingin tambahkan pendapatan adalah Baju Kurung. Sebab baju ni mudah dan hanya potongan lurus.
Boleh perhatikan contoh asas ambil ukuran di bawah;
Perhatikan tanda-tanda A hingga L & ambil ukuran bagi tanda-tanda berikut:
A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah
Nota : Kalau yang baru rasa nak belajar dan tak berani nak terus potong di kain boleh buat pola terlebih dahulu. Kalau ada yang betul-betul nak belajar dan minat nak belajar, InsyaAllah boleh hubungi no +6014-8625 404. Kami sedia membantu :)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup
MULTI-BUSINESS
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Sebagai tanda penghargaan & terimakasih, DQ Tailor turut membuka Page IKLAN ini khas untuk pelanggan yang telah mengambil perkhidmatan kami secara pukal atau individu dan tidak lupa kepada sahabat kami yang turut menjalankan perniagaan dalam pelbagai kategori.
Dapatkan produk dan servis mereka DISINI. InsyaAllah YANG TERBAIK :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuan:Dapatkan produk dan servis mereka DISINI. InsyaAllah YANG TERBAIK :)
- Bakery
- Suppliment
- Craft
- Apparel (Babies -Kids-Adult)
- Handbag
- Kitchen
- Others
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

- Mengiklankan apa-apa jenis produk pelanggan yang telah mengambil servis kami.
- Pelanggan yang aktif mengambil servis dan bekerjasama dengan pihak DQ Tailor dan kepada sesiap yang berminat untuk turut mengiklankan perniagaan masing-masing.
Credit : DQ Member :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
'MULTI-BUSINESS'
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup
TEKNIK MENJAHIT : BAJU KURUNG
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

SEMOGA BERMANFAAT
Bagi yang baru nak belajar menjahit, yakin Allah swt pasti akan bantu kalau betul-betul nak buat.Sebelum tu kena ingat nama-nama potongan baju yang telah dipotong. Nanti tersilap cantum pula :)
Ikuti Langkah berikut untuk menjahit baju kurung anda.
Langkah 1
Pesak (pastikan telah ditanda bahagian atas dan bawah) dan satu kekek diambil dan dicantum bersama. Ulangi Langkah yang sama untuk bahagian kanan pula .
![]() |
Cantum bahagian yang telah ditanda merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau
|
Cantumkan bahagian lengan baju, pastikan bahagian atas dan bawah..warna biru disambung dengan warna biru. |
Langkah 3
Langkah 4
![]() |
Buatkan kedua-dua belah kiri dan kanan ikut langkah 1 |
Langkah 4
![]() |
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual. |
Langkah 5
![]() |
Alhamdulillah siap. Pastikan gosok dibahagian kelim tangan dan bawah sekali, boleh jahit silang pangkah atau tindih mesin biasa.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup
|
Friday, September 5, 2014
FESYEN DAN SUSUK TUBUH
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Seiring peredaran zaman, ilmu pengetahuan dan teknologi semakin berkembang,dan pelbagai fesyen pakaian terkini ditampilkan. Walaupun zaman teknologi kini pelbagai pakaian direka, namun aspek penting yang wajae ditimbangkan adalah:
- Memenuhi syariat Islam
- Memenuhi syarat peradaban/kesusilaan
- Memenuhi syarat kesihatan
- Menunjukkan profesien indivividu
1. USIA
NO
|
USIA
|
FESYEN
|
CORAK/WARNA
|
1 | Bayi | Blous singkat, singlet atau seluar pendek (Bebas) | Polos, bunga-bunga kecil, bintik kecil, warna lembut/muda dan ceria. |
2 | Kanak-Kanak | Selagi belum baligh dibolehkan memakai pakain yang agak terdedah tetapi dianjurkan belajar berpakaian mengikut syariat | Bunga kecil, gambar binatang lucu, kotak kecil, warna cerah. |
3 | Remaja/Dewasa | Baju yang mengikut trend terkini tetapi menjaga aurat yang diwajibkan dalam Islam | Warna Cerah dan ceria bermotifkan corak yang bebas |
4 | Orang Berusia | Pakaian yang sopan dan longgar serta selesa. | Polos, kotak-kotak, bunga warna gelap, warna muda. |
2. BENTUK BADAN
PEAR
® Menyesuaikan fesyen pakaian berdasarkan susuk tubuh:
![]() |
FESYEN & BENTUK TUBUH |
KURUS
![]() |
Saiz Badan Kurus, Langsing ,Tinggi |
EPAL
![]() |
Saiz Badan agak gempal dari dada hingga ke bawah |
![]() |
Saiz Badan agak gempal dibahagian pinggul |
JAM PASIR
![]() |
Bentuk badan yang ramping seperti Jam Pasir (Bahagian Dada dan Pinggul besar dan Ramping) |
GEMUK
![]() |
Memiliki bentuk badan yang bersaiz besar dan gempal |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup
KENALI JENIS FABRIK
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
![]() |
Pilihan Fabrik |
Ikuti beberapa jenis dan sifat sesuatu fabrik yang sering kali menjadi pilihan terkini. Pilihan yang bijak dan lebih berhati-hati untuk memilih fabrik yang bersesuaian dengan bentuk tubuh, warna kulit dan iklim adalah perkara utama.
Jenis-jenis Fabrik/Tekstil
- Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber.
- Nipis, jarang, memerlukan lining.
- Susah untuk dijaga, hanya boleh menggunakan cucian kering.
- Sesuai digunakan untuk busana perkahwinan seperti kurung moden, kaftan untuk majlis pernikahan dan gaun labuh untuk resepsi.
- Memberi efek lembut, romantis.
- Sesuai untuk semua jenis tubuh terutamanya bertubuh gempal.
- Fabrik benang kapas sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia.
- Mudah menyerap peluh, agak keras dan mudah berkedut.
- Selesa, ringkas, mudah dijaga.
- Sesuai dijadikan baju kurung tradisional mahupun moden.
- Sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual mahupun formal.
- Sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan kurus.
- Fabrik berkilau, licin, sejuk.
- Di Malaysia, banyak digunakan untuk membuat baju Melayu lelaki pada musim perayaan.
- Ada dari jenis sutera dan sintetik. Jenis satin sutera banyak digunakan sebagai liningbaju kurung.
- Satin sintetik diperbuat daripada polyester dan benang-benang yang berkilat, agak kaku.
- Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana sifat kilau satin akan memberi efek besar kepada pemakai.
- Mewah dan sukar dijaga, memerlukan penjagaan yang rapi.
- Antara fabrik yang mahal terutama yang sarat dengan jemeki, sekuin dan kristal.
- Sesuai dibuat baju pengantin untuk majlis pernikahan juga gaun resepsi.
- Bagi mereka yang bertubuh kecil sesuai jika dipakai sarat renda dari atas ke bawah, tetapi bagi mereka yang bertubuh gempal sesuai dengan patching lace ataupunapplique lace pada gaun sifon.
- Dicipta pada tahun 1959.
- Jenis memeri (stretchable).
- Sesuai untuk jubah,pakaian renang dan sukan atau tudung
- Jika ingin membuat jubah disarankan memilih Lycra yang agak tebal dan berat agar tidak kelihatan susuk tubuh
- Di Malaysia, banyak digunakan sebagai tudung.
2 Aspek Penting : Kualiti dan Corak/Warna
Kain Pasang Jenis Polyester
Kain pasang/kain ela yang dibuat daripada bahan ini adalah berserat sintetis. Walaupun harganya lebih ekonomi dan warna-warni serta mempunyai corak yang menarik, bahan ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Bahan ini tidak menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan bahan ini adalah mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan ia selalu kelihatan kemas dan rapi.
Kain Pasang Jenis Kapas
Kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis ini biasanya selesa dan sejuk dipakai berbanding kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis polyester. Dengan harga yang ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding bahan lain dengan kandungan kapas yang tinggi.
Kain Pasang Jenis Satin
Bahan bagi kain pasang/ kain ela daripada jenis satin adalah juga 100 peratus kapas, tetapi struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang/ kain ela satin adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci.
Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi ia lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi tingkat kelembutannya. Bahan yang sebahagian besar berwarna putih terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni.
Dengan Nama Allah Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan|Yang Maha Pembuka & Penutup
Monday, September 1, 2014
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
SELAMAT DATANG
KE PAGE DQ TAILOR
ANDA TETAMU KAMI YANG AMAT KAMI HARGAI
PENUBUHAN DQ TAILOR
DQ Tailor telah ditubuhkan sekitar tahun 2012 dan alhamdulillah kini telah berkembang sedikit demi sedikit berkat sokongan keluarga tercinta dan sahabat semua. Terimakasih kepada yang sentiasa memberi sokongan dan turut mendoakan DQ Tailor. Setapak kami melangkah adalah hasil daripada doa kalian yang kami hargai.
DQ Tailor adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang menawarkan perkhidmatan pelbagai jenis jahitan mengikut permintaan pelanggan seperti pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak disamping jahitan langsir, cadar dan kelengkapan bayi secara individu mahupun pukal.
Selain itu, sebagai langkah permulaan pihak kami juga mengeluarkan produk yang dipasarkan sendiri seperti kelengkapan bayi. InsyaAllah pihak DQ Tailor juga menitikberatkan kekemasan jahitan dan keselesaan kepada pelanggan kami.
SELAMAT DATANG
KE PAGE DQ TAILOR
ANDA TETAMU KAMI YANG AMAT KAMI HARGAI
PENUBUHAN DQ TAILOR
DQ Tailor telah ditubuhkan sekitar tahun 2012 dan alhamdulillah kini telah berkembang sedikit demi sedikit berkat sokongan keluarga tercinta dan sahabat semua. Terimakasih kepada yang sentiasa memberi sokongan dan turut mendoakan DQ Tailor. Setapak kami melangkah adalah hasil daripada doa kalian yang kami hargai.
Keluarga Kami :) |
Ada yang tak cukup lagi ahli nie.. :) |
DQ Tailor adalah sebuah syarikat milikan tunggal yang menawarkan perkhidmatan pelbagai jenis jahitan mengikut permintaan pelanggan seperti pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak disamping jahitan langsir, cadar dan kelengkapan bayi secara individu mahupun pukal.
Selain itu, sebagai langkah permulaan pihak kami juga mengeluarkan produk yang dipasarkan sendiri seperti kelengkapan bayi. InsyaAllah pihak DQ Tailor juga menitikberatkan kekemasan jahitan dan keselesaan kepada pelanggan kami.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan| Yang Maha Pembuka & Penutup
Subscribe to:
Posts (Atom)