DQ : STORE

MULTI-TAILORING

'YOU DESIGN | WE MAKE IT'
 

Friday, September 5, 2014

KENALI JENIS FABRIK

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Pilihan Fabrik
Ikuti beberapa jenis dan sifat sesuatu fabrik yang sering kali menjadi pilihan terkini. Pilihan yang bijak dan lebih berhati-hati untuk memilih fabrik yang bersesuaian dengan bentuk tubuh, warna kulit dan iklim adalah perkara utama.

Jenis-jenis Fabrik/Tekstil
Kain Shifon
  • Diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber.
  • Nipis, jarang, memerlukan lining.
  • Susah untuk dijaga, hanya boleh menggunakan cucian kering.
  • Sesuai digunakan untuk busana perkahwinan seperti kurung moden, kaftan untuk majlis pernikahan dan gaun labuh untuk resepsi.
  • Memberi efek lembut, romantis.
  • Sesuai untuk semua jenis tubuh terutamanya bertubuh gempal.



Kain Kapas
  • Fabrik benang kapas sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia.
  • Mudah menyerap peluh, agak keras dan mudah berkedut.
  • Selesa, ringkas, mudah dijaga.
  • Sesuai dijadikan baju kurung tradisional mahupun moden.
  • Sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual mahupun formal.
  • Sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan kurus.


Kain Satin
  • Fabrik berkilau, licin, sejuk.
  • Di Malaysia, banyak digunakan untuk membuat baju Melayu lelaki pada musim perayaan.
  • Ada dari jenis sutera dan sintetik. Jenis satin sutera banyak digunakan sebagai liningbaju kurung. 
  • Satin sintetik diperbuat daripada polyester dan benang-benang yang berkilat, agak kaku.
  • Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana sifat kilau satin akan memberi efek besar kepada pemakai.
Renda Perancis

  • Mewah dan sukar dijaga, memerlukan penjagaan yang rapi.
  • Antara fabrik yang mahal terutama yang sarat dengan jemeki, sekuin dan kristal.
  • Sesuai dibuat baju pengantin untuk majlis pernikahan juga gaun resepsi.
  • Bagi mereka yang bertubuh kecil sesuai jika dipakai sarat renda dari atas ke bawah, tetapi bagi mereka yang bertubuh gempal sesuai dengan patching lace ataupunapplique lace pada gaun sifon.



Spandex/ Lycra
  • Dicipta pada tahun 1959.
  • Jenis memeri (stretchable).
  • Sesuai untuk jubah,pakaian renang dan sukan atau tudung
  • Jika ingin membuat jubah disarankan memilih Lycra yang agak tebal dan berat agar tidak kelihatan susuk tubuh
  • Di Malaysia, banyak digunakan sebagai tudung.


TIP MEMILIH JENIS KAIN PASANG/KAIN ELA
2 Aspek Penting : Kualiti dan Corak/Warna
Kain Pasang Jenis Polyester
Kain pasang/kain ela yang dibuat daripada bahan ini adalah berserat sintetis. Walaupun harganya lebih ekonomi dan warna-warni serta mempunyai corak yang menarik, bahan ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Bahan ini tidak menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan bahan ini adalah mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan ia selalu kelihatan kemas dan rapi.
Kain Pasang Jenis Kapas
Kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis ini biasanya selesa dan sejuk dipakai berbanding kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis polyester. Dengan harga yang ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding bahan lain dengan kandungan kapas yang tinggi.
Kain Pasang Jenis Satin
Bahan bagi kain pasang/ kain ela daripada jenis satin adalah juga 100 peratus  kapas, tetapi struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang/ kain ela satin adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci.

Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi ia lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi tingkat kelembutannya. Bahan yang sebahagian besar berwarna putih terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni.

Dengan Nama Allah Maha Pemurah & Penyayang|Yang Maha Menemukan & Memisahkan|Yang Maha Menghidupkan & Mematikan|Yang Maha Pembuka & Penutup